Biografi Caitlyn Jenner

Awal hidup

Jenner dilahirkan dengan nama William Bruce Jenner pada 28 Oktober 1949 di Mount Kisco, New York[5] kepada Esther Ruth (nama keluarga asal: McGuire) dan William Hugh Jenner; ayahnya seorang arboris.[6][7] Dia berdarah kacukan Inggeris, Scotland, Ireland, Belanda dan Wales.[8] Jenner didiagnoskan dengan masalah disleksia[9] pada usia mudanya.

Dia belajar di Sleepy Hollow High School, Sleepy Hollow, New York[10][11] serta Newtown High School di Newtown, Connecticut lalu menghabiskan persekolahannya pada tahun 1968.[12] Beliau mendapat biasiswa sukan bola sepak Amerika untuk ke Graceland College (now Graceland University) di Lamoni di negeri Iowa. Beliau terpaksa berhenti bermain sukan tersebut akibat suatu kecederaan serius pada lututnya.[13] Walau bagaimanapun, pelatihnya L. D. Weldon mencadangkannya bertukar sukan dekatlon yang dirasai lebih cocok untuk Jenner.[14]

Kerjaya sebagai atlet

Pada hari pertama acara dekatlon Sukan Olimpik di Montreal pada tahun 1976, Jenner meraih sebanyak lima catatan persendirian tertinggi, namun beliau kekal dalam kedudukan tempat kedua selepas Guido Kratschmer dari Jerman Barat.

Dalam acara terakhir iaitu lumba 1500 meter, Jenner mengalahkan atlet Soviet Leonid Litvinenko dengan catatan persendirian baharu melebihi Litvinienko dengan meraih mata sebanyak 8,618 poin.[15][16][17][18][19] Kemenangan Jenner diraikan hebat orang ramai sehingga mendapat Anugerah James E. Sullivan serta mendapat gelaran Atlet Lelaki Tahunan Associated Press pada tahun 1976.[20][13]

Kehidupan pasca-Olimpik

Rujukan

WikiPedia: Caitlyn Jenner http://abilitymagazine.com/jenner_interview.html http://caitlynjenner.com http://data.desmoinesregister.com/hall-of-fame/sin... http://www.eonline.com/news/699992/caitlyn-jenner-... http://www.foxbusiness.com/personal-finance/2015/0... http://espn.go.com/espnw/video/12747142/world-grea... http://www.imdb.com/name/nm0421063/ http://www.people.com/people/article/0,,20789588,0... http://www.usatf.org/statistics/champions/OlympicT... https://books.google.com/books?id=PpYa5LvgePQC&pg=...